Halaman

Rabu, 25 Januari 2023

Angkasa lepas makin sesak dengan sampah-sarap

 

LONDON - Angkasa lepas kini sudah semakin kekurangan ruang dan boleh berakhir dengan peperangan, kata pakar-pakar seperti laporan akhbar Daily Star kelmarin.

Mereka berkata, ruang di antara Bumi dan Bulan menjadi sesak, disebabkan oleh banyak negara menghantar satelit ke orbit ini tidak termasuk sehingga lebih 100 misi ke Bulan yang dijangka dilancarkan dalam dekad akan datang.

Justeru, angkasa lepas bukan lagi ruang hitam kosong, malah akan menjadi sangat sibuk berbanding sebelum ini.

Persaingan mendapatkan lokasi terbaik yang terhad juga berisiko mencetuskan konflik di Bumi, Selain syarikat dikenali ramai seperti Blue Origin milik Jeff Bezos atau firma Richard Branson, Virgin Galactic yang melancarkan misi bagi pihak negara lain dan banyak lagi firma swasta turut merancang perjalanan perlancongan ke Bulan.

Pakar-pakar angkasa lepas meramalkan kawasan di antara Bumi dan permukaan Bulan yang dikenali sebagai ruang sislunar, akan menjadi semakin penting secara strategik dan seterusnya lebih sesak.

Negara kuasa besar, Amerika Syarikat (AS) dan China bercita-cita untuk mendaratkan angkasawan masing-masing dalam program eksplorasi di Bulan dan membina penempatan serta infrastruktur di orbit.

Tidak mahu ketinggalan Russia, Kesatuan Eropah, Korea Selatan, Emiriyah Arab Bersatu (UAE), India, Jepun, Israel dan termasuk syarikat swasta di AS turut merancang misi ke Bulan, - Agensi

 

 


 

Selasa, 24 Januari 2023

Kisah terciptanya janama Marrybrown dari pasangan cina di Johor.

Tahun 1981 ada pasangan kat Johor ni… kena sampuk agaknya… Dia fikir nak buka restoran mcm Kepci.. and nak lawan Kepci

1. Berdekah dekah masyarakat ketawa kan si Nancy dgn suami nama Lawrence…

2. Lagi gelak besar orang bila Nancy dgn Lawrence cakap

“kita olang mau buat itu halal punya kedai… kasi senang melayu makan happy happy takda susah”…

Ramai geleng kepala… sapa je nak makan makanan halal kat kedai apek ni???

3. Diaorang keluar duit sendiri, pastu pinjam kawan dan sedara mara… ada lak yang terpedaya bagi pinjam kan…. “Aiyaa kasi can la itu nancy banyak kesian ooo” kata pakcik Nancy

4. Masa ni bank taknak bagi pinjam tapi diaorang raise fund and dapat kumpul 120 ribu (zaman tu pun dah ada ECF)

5. So diaorang buka la first outlet kat Johor.. Guna nama Marrybrown simply pasal dia rasa nama ni catchy dan ada international appeal… awal dah fikir nak keluar negara

6. SeTahun lepas tu …tahun 1982 saya lahir… mcm takder kaitan kan…sabar dulu, baca sampai habis

7. 1986 dia buat francais… mmg fikir nak grow je

8. 1989 start introduce nasi ke Marrybrown… ramai yang rasa amender restoran QSR ada nasi.. takder standard langsung

9. Tapi orang tak sedar, Lawrence dah fikir… kalau 100% american style… camner nak lawan kepci… dia nak buat Malaysia style QSR (Quick Service restaurant)… banyak elemen Malaysia dia bawa.. Sate pun pernah

10. 1992 Marrybrown jadi Restoran Malaysia pertama yang buka outlet di luar negara secara Francais

11. 1996 dia start buat kerusi buaian … Saya pening kalau makan Marrybrown masa ni… terbuai buai

12. 20 Jan 2023 … 41 tahun lepas saya lahir… 42 tahun lepas dia buka… Bangga saya nak share kat korang… Marrybrown adalah rangkaian francais HALAL terbesar di dunia

13. Bangga sebab orang Malaysia berjaya capai kejayaan sebesar ini… outlet Marrybrown bersepah serata dunia… Negara kecil ini Menjadi Champion dalam Industri Halal !!!!

14. Tapi jeles juga kenapa saya sendiri, sebagai muslim belum mampu nak ada bisnes dgn sijil Halal… Kejayaan Dato Nancy dan suami bagi saya adalah satu inspirasi untuk saya usaha lebih lagi… saya pun nak berusaha bagi seiring dgn diaorang

15. Padahal mereka buat bisnes yang dah ada orang buat, menu biasa, konsep biasa dah orang buat… Competitors pasaran yang dia nak masuk adalah jaguh dunia.. Nak lawan Mekdi and Kepci kat Malaysia… negara yg rakyat nya mmg suka makanan QSR amarika ni ?? (Dan masa tu mmg susah orang nak sokong local brand)

16. Takder benda baru tapi dia berusaha melaksana kan konsep dgn kesungguhan dan penerapan budaya setempat untuk membeli jiwa pelanggan… Benda biasa jadi luar biasa

17. Saya tak check berapa sales diaorang tapi pengamatan saya ratusan juta tu biasa je utk mereka..: tak jumpa bila saya buat quick search pagi and malas lak nak beli ssm dia

18. Tapi… citernya…Sambil orang gelak kan diaorang, diaorang berusaha sampai hari ni… oulet ada lebih 500

19. Bila orang kampung fokus pertikaikan halal ke nak makan kedai cina ni? Dia fokus buat sistem yang patuh Halal dan Haramnya… Dapat sijil halal… pastu mengajikan beribu ribu orang islam bagi ada pendapatan dan kehidupan baik… nampak tak… lain fokus memberi lain hasil kan…

20. Moral of the story

📍Usaha luar biasa convert hasil luar biasa
📍Boleh raise fund dgn public kalau takder modal
📍Kena ada fokus dan abaikan org gelak
📍Ada target market yang betul

21. Saya menulis tentang industri F&B dan pandangan saya , dgn hasrat untuk memberi harapan dan inspirasi kepada seluruh rakyat Malaysia … Kita Boleh !!!

📑Mohd Nasir Md Akim
     Warisan Johor

Ahad, 22 Januari 2023

Amaran ribut petir di enam negeri

 

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di enam negeri pada pagi ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.

“Kawasan yang terlibat iaitu Pahang (Bera), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak dan Muar).

“Dalam masa sama, Sarawak pula di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, manakala Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya pada hantaran tersebut hari ini.

Mengulas lanjut, amaran ribut petir itu dijangka sehingga pukul 10 pagi ini.
 
📰 KOSMO! 22/01/2023

Kitab suci al-Quran dibakar pemimpin Denmark dekat kedutaan Turkiye di Sweden

 


STOCKHOLM – Pemimpin parti Stram Kurs di Denmark yang berhaluan kanan, Ramus Paludan membakar kitab suci al-Quran di Stockholm, Sweden semalam, lapor laman berita AA.

Dia membakar kitab suci itu di bawah perlindungan polis dekat Kedutaan Turkiye di bandar raya tersebut.

Sebagai tindak balas kepada tindakan itu, Ankara telah membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden, Pal Jonson yang akan melawat Turkiye.

Sebelum ini, Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu mengkritik Sweden kerana memberi Paludan permit untuk membakar kitab suci al-Quran itu.

Menurut laporan akhbar Washington Post,  Paludan yang mempunyai dua kerakyatan iaitu Denmark dan Sweden telah menerima kebenaran untuk membakar al-Quran daripada kerajaan negara tersebut.

Berdasarkan laporan Al-Jazeera, dalam protes itu, Paludan berucap membidas agama Islam dan imigresen Sweden yang mana kira-kira 100 orang berhimpun secara aman.

Beberapa negara Arab termasuk Arab Saudi, Jordan dan Kuwait juga mengecam pembakaran kitab suci al-Quran itu. – Agensi

 📰 KOSMO! 22/01/2023

Sabtu, 21 Januari 2023

Pegawai penjara maut tercampak dalam longkang

 

ALOR GAJAH – Seorang pegawai Jabatan Penjara Satelit Simpang Ampat di sini maut selepas tercampak ke dalam longkang dalam nahas di Jalan Kampung Pak Alam, Simpang Ampat, di sini, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 malam itu, mangsa, Ridzuan Saidin, 35, yang beralamat di Kodiang, Kedah meninggal dunia di lokasi akibat kecederaan parah di dada.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Arshad Abu berkata, kemalangan berlaku ketika mangsa yang menunggang motosikal jenis Honda Wave dalam perjalanan dari arah Brisu ke Simpang Ampat.

“Setiba di lokasi motosikal mangsa telah dilanggar sebuah motosikal lain jenis Yamaha dari arah belakang menyebabkannya terbabas lalu tercampak ke dalam longkang.

“Akibat kemalangan itu, mangsa maut di tempat kejadian, manakala seorang lagi penunggang cedera di kepala dan dikejarkan ke Hospital Alor Gajah,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, mayat mangsa telah dihantar ke Unit Forensik di hospital sama bagi proses bedah siasat mengenal pasti punca kematian dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

📰 KOSMO! 21/01/2023

Ajal rempuh tong roro

 

 

Kuala Selangor: Lelaki maut selepas motosikal ditunggangnya merempuh tong sampah roro di jalan Kampung Datuk Harun, di sini, semalam.

Dalam kejadian jam 8 pagi itu, mangsa berusia 27 tahun yang menunggang motosikal Suzuki 110 maut di lokasi kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Deputi Superintendan Mohd Ambia Nordin, berkata siasatan awal mendapati mangsa dalam perjalanan dari Bukit Rotan ke Assam Jawa.

"Setibanya di lokasi, mangsa disyaki gagal mengawal motosikalnya lalu merempuh sebuah tong sampah roro yang berada di jalan terbabit.

"Ekoran kemalangan itu, mangsa parah di leher dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Ambia berkata, keadaan jalan di tempat kejadian adalah jalan lurus satu lorong dan rata berturap selain cuaca yang baik.

Bagaimanapun katanya, sebelah jalan terhalang disebabkan tong sampah roro terbabit.

"Mayat mangsa dibawa ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.

 📰 Metro 21/01/2023