PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia)
mengeluarkan amaran ribut petir di beberapa kawasan di enam negeri pada
pagi ini.
MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan, ribut petir, hujan lebat dan angin kencang itu dijangka di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
“Kawasan yang terlibat iaitu Pahang (Bera), Negeri Sembilan (Kuala Pilah, Rembau, Jempol dan Tampin) serta Johor (Tangkak dan Muar).
“Dalam masa sama, Sarawak pula di Kuching (Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman dan Betong, manakala Sabah melibatkan Sandakan (Telupid, Beluran dan Sandakan) dan Kudat,” katanya pada hantaran tersebut hari ini.
Mengulas lanjut, amaran ribut petir itu dijangka sehingga pukul 10 pagi ini.📰 KOSMO! 22/01/2023
Tiada ulasan:
Catat Ulasan